Jumat, 15 Oktober 2010

Jalan-jalan ke Gunung Nebo dan Sejarah Nabi Musa AS

Pengkaji Barat mendakwa sejarah Jordan dikatakan bermula di Bukit Nebo (Mount Nebo). Bukit Nebo ini terletak berhampiran Madaba dan diklaim sebagai tempat di mana Musa AS dikebumikan.

Dari atas Mount Nebo, pengunjung dapat menikmati pemandangan Lembah Jordan, Laut Mati dan juga Jerusalem serta Baitulaham. Pada 393 M sebuah gereja telah dibina. Pada kurun ke-7 M bukit ini menjadi tempat perkumpulan bagi para haji yang datang dari jauh.

Memorial dari gangsa berbentuk ular yang meliliti palang Salib dibina oleh Gian–Paolo Fantoni of Florence. Ular yang ditunjukkan adalah simbolik kepada ular yang kononnya ditemui di padang pasir dan dipelihara Musa dan sebegitu juga dengan penyaliban Isa yang bertujuan untuk menebus dosa umatnya.

Kawasan ini pernah melalui zaman kerajaan Mesir, asySyria, Babylon, Parsi, Macedonia, Rom, Bizantium, Arab, Mamluk dan Turki. Menjadi tarikan dan perhatian Kublai Khan cucu kepada Genghis Khan untuk Empayar Mongol, juga diminati oleh Napoleon Bonaparte dan Adolf Hitler. Merupakan laluan alternatif perdagangan sutera,rempah dan lain- lain ke Mediterranian selain dari Laut Merah. Petra, Amman dan Jerash semuanya merupakan kawasan perhentian utama perdagangan sejak zaman silam. Petra pada awalnya di bawah kekuasaan Rom namun sebaik Rom kalah, ia dikuasai oleh kerajaan Bizantium.

Seterusnya Jordan terus dikuasai oleh keturunan Bizantium di situ, puak Ghassan sebelum ditakluki Islam pada kurun ke 7 Masihi dan akhirnya menjadi kawasan di bawah Empayar Islam Turki. Dipanggil Transjordan pada tahun 1919. Wujud lepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah 1924 dan selepas Perang Dunia I. Pada awal penubuhannya, Jordan hanya dihuni oleh puak-puak asal tempatan yang menghuni padang-padang pasir. Kemudian berlaku perluasan penduduk selepas kedatangan pelarian Palestin menjelang perang tahun 1948 dan1967.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar